PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan, Mohd. Naim Kurniawan Moktar tidak berniat bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag meskipun wujud cadangan agar namanya diketengahkan sebagai calon. Katanya, keputusan menamakan calon adalah hak parti dan bukannya keputusan peribadi dengan sebagai ahli yang setia, apa sahaja keputusan parti akan dipatuhi sepenuhnya. “Sebagai Pengarah yang diamanahkan untuk mempertahankan kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Negeri, saya sedar betapa besar…










