PETALING JAYA: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menghantar akuan bersumpah (SD) menyatakan hilang kepercayaan kepada Mohd. Shukri Ramli sebagai Menteri Besar sepatutnya berunding dengan parti terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Pengasas bersama Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, kelima-lima ADUN terbabit tidak boleh mengambil sebarang keputusan peribadi tanpa persetujuan daripada pimpinan tertinggi. Katanya, tindakan sedemikian perlu mendapat lampu hijau daripada…










