DUA parti dominan yang mewarnai politik Terengganu sejak sekian lama adalah UMNO dan Pas. Justeru itu, kehadiran Pakatan Harapan (PH) yang kini bergabung dengan Barisan Nasional (BN) dilihat kurang berpengaruh di negeri berpopulasi kira-kira 1.3 juta orang ini. Maka tidak hairan kerjasama yang terbentuk antara BN dan PH bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu pada 2023 longgar dan goyah. Situasi itu dikatakan masih berlaku. Hubungan antara pemimpin PH dan…










