PRN Sabah: Etnik, sub etnik kriteria calon UMNO

PRN Sabah: Etnik, sub etnik kriteria calon UMNO

Etnik sub etnik
AHMAD Zahid Hamidi ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan dekat Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Latar belakang etnik dan sub etnik diambil kira dalam penilaian calon dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan parti pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN Sabah).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia antara ciri-ciri yang dinilai selain kriteria kemampuan menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) (‘WALI’).

“Kita kini menunggu tarikh penamaan calon dan hari pengundian daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Nama-nama calon berkenaan sudah pun dikemukakan dan kita mengambil kira tentang kumpulan etnik dan subetnik yang akan diwakili.

“Selain daripada lambang parti dan juga isu-isu yang akan kita ketengahkan dalam manifesto, kita mengambil kriteria untuk konsep WALI dalam senarai yang dikemukakan yang akan kita lakukan kajian di lapangan,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Semalam, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dilapor memaklumkan UMNO Sabah sedia bertanding lebih 40 kerusi dalam pilihan raya negeri itu.

Bagaimanapun, kesemua calon-calon belum dimuktamadkan oleh kepemimpinan parti.

Tamba Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, BN bersedia mengenengahkan ramai calon baharu untuk mewakili parti dalam pilihan raya berkenaan.

“Banyak, insya-Allah. Banyak muka-muka baharu dan tokoh-tokoh muda yang akan diketengahkan di samping nama-nama lama yang berprestasi tinggi dalam pilihan raya lalu dan juga sepanjang perkhidmatan mereka,” ujarnya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, SPR akan mengadakan mesyuarat pada 16 Oktober ini bagi membincangkan tarikh-tarikh berkaitan PRN Sabah Ke-17.

Setiausahanya, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya sudah pun menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, kelmarin berhubung pembubaran DUN negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN