KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tidak mempunyai masalah sekiranya Pas memimpin Perikatan Nasional (PN) dan menamakan calon Perdana Menteri daripada parti Islam itu. Naib Presiden Gerakan, Datuk Baljit Singh berkata, bagaimana pun perkara itu perlu mendapat persetujuan daripada PN seluruhnya sebelum keputusan tersebut dibuat. “Ini semua akan dibincangkan, keputusan itu bukan daripada satu pihak sahaja. Untuk Gerakan, kita tiada bantahan siapa pun jadi calon Perdana Menteri termasuk daripada…