Semua 21 ADUN PN Selangor sokong Mohamed Azmin kekal

Semua 21 ADUN PN Selangor sokong Mohamed Azmin kekal

Azmin
MOHAMAD AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) di Selangor menyataka sokongan terhadap Datuk Seri Azmin supaya kekal sebagai Ketua Pembangkang negeri ini.

Sokongan tersebut dinyatakan 21 daripada 22 ADUN apabila mereka dikatakan diminta menamakan seorang Ketua Pembangkang baharu jika ADUN Hulu Klang itu benar-benar meletakkan jawatannya.

ADUN Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, semua ADUN teguh menyokong Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu supaya kekal memimpin PN di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Ketua Penerangan Srikandi Bersatu itu menegaskan, Mohamed Azmin akan terus memainkan peranan penting sebagai suara semak dan imbang demi kepentingan rakyat negeri ini.

“Saya ingin menegaskan, perkara itu hanya desas-desus yang tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelasnya, pertukaran Ketua Pembangkang hanya berlaku apabila perkara itu dinyatakan oleh kepemimpinan PN dan diterima oleh Speaker sebagaimana ketetapan dan amalan di dalam DUN.

Malam tadi, akhbar ini melaporkan Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendakwa beliau berhasrat meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara tersebut dan mendakwa perkara itu tidak benar, sebaliknya teguh bersama 21 ADUN PN yang lain demi kepentingan rakyat di negeri ini.

Sementara itu ADUN Sementa, Noor Najhan Mohamad Salleh dari Pas ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu sebagai suatu desas-desus dan tidak menimbulkan sebarang isu dalam kalangan wakil rakyat PN di Selangor.

“Kami memang menyokong kerana pada kami tiada isu pun. Cuma pendirian ADUN Pas pula adalah bertenang sehingga ia dikeluarkan sendiri (kenyataan rasmi) daripada Mohamed Azmin sendiri.

“Kami pun tidak mendengar daripada beliau sendiri. Kami memang menyokong (Mohamed Azmin),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN