JOHOR BAHRU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud perebutan calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini. Sebaliknya, beliau yang juga Pengerusi BN menegaskan, keputusan akhir akan dibuatnya selaku kepimpinan tertinggi parti dan gabungan tersebut. “Tiada perebutan calon (antara Pemuda dan Wanita UMNO), (sebaliknya) yang menentukan adalah pengerusi BN,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan…










