Tiga faktor calon BN boleh rampas Nenggiri

Tiga faktor calon BN boleh rampas Nenggiri

MD. ALWI Che Ahmad menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lebih 20,000 pengundi di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kampung orang asli menjadi faktor penentu calon Barisan Nasional (BN) boleh memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Seri Md. Alwi Che Ahmad berkata, tidak mustahil ketiga-tiga kawasan itu yang ditadbir dan diuruskan kerajaan Persekutuan mampu memberi sokongan 100 peratus kepada BN bagi merampas kembali kerusi berkenaan.

Katanya, faktor meletakkan orang muda iaitu Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani merupakan salah satu faktor penting membantu kemenangan.

“Kenapa kita (BN) umum awal calon yang akan bertanding sebab dia (Mohd. Azmawi Fikri) adalah anak jati Nenggiri yang sudah lama berkhidmat di situ.

“Penduduk sepatutnya tidak menolak calon yang diketengahkan BN kali ini sebab dia adalah orang kampung di situ dan telah lama bekerja untuk UMNO.

“Selain itu kita ada lebih 20,000 pengundi di Kesedar, Felda dan orang asli seramai 2,500 penduduk. Mereka ini di bawah kerajaan pusat dan tidak sepatutnya BN boleh tewas,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya di Dewan Tun Ali, Bukit Katil di sini, semalam.

PRK Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah pada 19 Jun lalu mengumumkan kekosongan kerusi selepas Mohd. Azizi Abu Naim digugurkan keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd. Azizi menang dengan majoriti 810 undi dengan mendapat 6,517 undi berbanding calon BN, Ab. Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×