MELAKA: Sentimen kononnya agama Islam terancam di bawah Kerajaan Perpaduan yang dimainkan Perikatan Nasional (PN) menjadi antara punca kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, semalam. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO menerima dengan hati terbuka kekalahan calon Kerajaan Perpaduan, namun ia bukanlah penamat bagi menghadapi PRK seterusnya terutama di DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini. Ujarnya, sikap…