UMNO harap pelaburan BlackRock tidak diteruskan

UMNO harap pelaburan BlackRock tidak diteruskan

MOHAMAD Hasan berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di Dewan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Alamanda, Jasin, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: UMNO berharap perjanjian pelaburan oleh BlackRock dalam Malaysia AIrport Holdings Berhad (MAHB) tidak diteruskan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Khazanah diminta mengkaji semula cadangan itu memandangkan keputusan berkaitannya bukan ditentukan oleh Kabinet.

Ia bagi menjawab kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa menteri-menteri daripada UMNO tidak akan bersetuju dengan penswastaan MAHB kepada syarikat yang dikaitkan dengan Israel itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menteri-menteri UMNO memberikan pandangan jika boleh perkara ini tidak diteruskan tetapi dia punya transaksi itu sudah terlampau advanced.

“Jadi kita tengoklah macam mana, kita harap, kita tidak tahu sama ada ia diteruskan ataupun tidak, (keputusan) bukan dalam kalangan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di sini, hari ini.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau melalui forum ‘Tolak BlackRock Selamatkan Harta Negara’ dilaporkan berkata, rakan-rakannya dalam UMNO akan menolak perjanjian itu, jika dibawa ke Kabinet.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan diminta membatalkan perjanjian pelaburan oleh BlackRock dalam MAHB kerana Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Larry Fink dikatakan bersubahat dengan kekejaman Zionis di Palestin.

Khairy berkata, Fink secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel dan mengutuk Hamas yang secara dasarnya bermaksud menyokong pembunuhan beramai-ramai di Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN