‘Tidak mahu perkenal cukai baharu membebankan’

‘Tidak mahu perkenal cukai baharu membebankan’

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan orang ramai ketika Majlis Perasmian Konvensyen Madani 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penyasaran subsidi dilakukan kerajaan hari ini adalah bagi mengelak pengenalan instrumen percukaian baharu yang pastinya akan membebankan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai contoh penamatan subsidi ayam pada November tahun lalu telah menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM1.2 bilion, sekali gus berjaya menamatkan isu kenaikan harga ayam termasuk pada musim perayaan.

Beliau berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi diesel seperti diumumkannya baru-baru ini akan menyelamatkan berbilion lagi wang negara tanpa memberi kesan kepada rakyat yang memerlukan seperti nelayan dan pekebun kecil.

“Kini kita akan umumkan subsidi diesel, ini apa kena mengena majlis madani dengan subsidi? Kerana saya hendak tekankan manusiawi, keikhsanan rahmah ini sebagai satu tunggak.

“Saya tidak mahu perkenalkan instrumen percukaian baharu yang membebankan rakyat. Kita perkenalkan yang saya sebut penyasaran subsidi diesel kerana diesel yang bocor ini bilion ringgit.

“Itu yang bocor, yang kita bayar kepada maha kaya. Industri-industri yang besar ini yang untung satu juta, bilion kita masih subsidi elektriknya,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Madani 2024 di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi bahan api ke atas diesel terlebih dahulu sebelum disusuli dengan RON95.

Perdana Menteri berkata, penyasaran subsidi diesel itu hanya melibatkan pengguna di Semenanjung dengan penjimatan kira-kira RM4 bilion setahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×