MELAKA: Ketiga-tiga bekas Ketua UMNO Bahagian di negeri ini yang dikatakan bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan khabar angin berkenaan. Bekas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, setakat dihubungi Utusan Malaysia, beliau masih merupakan ahli UMNO. Senada dengan penjelasan diberikan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub, gambar mereka bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diambil ketika ziarah…










