MELAKA: Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di negeri ini diakui rendah selepas merekodkan jumlah pendaftaran hanya 108,934 orang, setakat 4 Mac lalu. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, angka itu mewakili kira-kira 16 peratus daripada sasaran awal ditetapkan iaitu seramai 680,000 orang. Tegas beliau, rasa tidak yakin dalam kalangan rakyat terhadap PADU menyebabkan ramai yang tidak mendaftar. “Melaka berada di kedudukan ke-13 daripada 16 kawasan yang ditetapkan kerajaan Persekutuan dan jarak (perbezaan) antara tiga kawasan terbawah tidak jauh. Pendaftaran tertinggi direkodkan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya