MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yakin kerajaan perpaduan yang dibentuk di negeri ini dapat dipertahankan menjelang pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Beliau berkata, semua wakil rakyat perlu bekerjasama dan memulakan aktiviti turun padang bagi meyakinkan rakyat, memandangkan PRN semakin hampir. Ujarnya, dalam tempoh setahun pentadbiran diterajuinya, Kerajaan Perpaduan Melaka lebih teratur berbanding beberapa negeri lain dan sewajarnya menjadi contoh. “Saya harap nilai-nilai ini perlu diperkukuhkan…










