Saya sudah lama tidak ke Dubai - Dr. Mahathir

Saya sudah lama tidak ke Dubai – Dr. Mahathir

Dubai
TUDR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, menafikan terlibat dalam Langkah Dubai malah secara sinis berkata beliau sudah lama tidak ke Dubai.

“Beberapa hari kebelakangan ini agak heboh mengenai Langkah Dubai dan ada yang babitkan saya dalam usaha yang dikatakan untuk tubuh Kerajaan pintu belakang.

“Pertamanya saya sudah lama tidak ke Dubai.

“Keduanya, sepanjang ingatan saya usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government adalah kepakaran Perdana Menteri.

“Saya pasti ramai yang masih ingat langkah 16 September tahun 2008 untuk menubuh backdoor Government. Selain itu, ada juga Langkah Kajang untuk naikkan isteri jadi MB Selangor.

“Ada juga langkah yang bersandar kepada “𝘐 𝘩𝑎𝘷𝑒 𝑡𝘩𝑒 𝑛𝘶𝑚𝘣𝑒𝘳𝑠” dan juga langkah “𝘴𝑡𝘳𝑜𝘯𝑔, 𝘧𝑜𝘳𝑚𝘪𝑑𝘢𝑏𝘭𝑒 𝑎𝘯𝑑 𝑐𝘰𝑛𝘷𝑖𝘯𝑐𝘪𝑛𝘨 𝘮𝑎𝘫𝑜𝘳𝑖𝘵𝑦.”

“Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil-alih Kerajaan secara backdoor.

“Semasa langkah-langkah ini sedang diusahakan ia tidaklah dianggap derhaka, satu pengkhianatan atau akan menyebab Kerajaan tidak stabil, merosak ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi.

“Kerajaan pintu belakangnya halal dan suci asalkan dapat jadi PM,” kata Dr. Mahathir melalui hantaran di platform X

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN