Anak tempatan perlu jadi Pengerusi PKR Melaka

Anak tempatan perlu jadi Pengerusi PKR Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pucuk kepemimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) wajar mengkaji semula jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka yang kini diterajui Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Tangga Batu, Azlan Osman berkata, cadangan itu bukan untuk mempersoalkan kewibawaan Aminuddin memimpin negeri ini.

Sebaliknya menurut beliau, sudah tiba masanya anak tempatan diberi tanggungjawab mengetuai PKR Melaka bagi memudahkan semua urusan parti.

“Aminuddin dilantik sebagai Pengerusi MPN PKR Melaka, namun tanggungjawab beliau terlalu banyak kerana memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahli Parlimen Port Dickson dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

“Jadi untuk mentadbir Melaka dan Negeri Sembilan serentak adalah agak sukar terutama untuk melaksanakan tugas-tugas di peringkat bawahan,” katanya selepas menziarahi bekas Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Md. Yusof Abdullah di Peringgit di sini, semalam.

AZLAN Osman (tengah) menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Md. Yusof Abdullah yang diserang strok di rumahnya di Peringgit, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

Pada lawatan itu, sumbangan sebanyak RM5,000 disalurkan kepada Md. Yusof yang diserang strok sejak dua tahun lalu.

Tambah Azlan yang juga Ketua PKR Ranting Batang Tiga, sebelum ini telah ada usul di peringkat cabang negeri mencadangkan nama-nama individu yang difikirkan layak memegang jawatan itu.

Menurutnya, sudah setahun Kerajaan Perpaduan mentadbir negara, namun masih terdapat masalah di peringkat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang belum dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Sebab itu pelantikan anak tempatan sebagai pengerusi terutama untuk menambah baik mutu perkhidmatan dan memastikan kelancaran serta kesepaduan di peringkat negeri dan peringkat pusat dapat berjalan seiringan.

“Sekiranya individu itu berada di negeri ini dan tidak mempunyai banyak jawatan akan memudahkan kita melaksanakan tugas. Bukan kita cakap Aminuddin memegang dua tiga jawatan tidak baik, tetapi agak lambat tindakan yang diambil kerana perlu menjaga kedua-dua negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya