Kerjasama UMNO baik, Mat Sabu yakin menang PRK

Kerjasama UMNO baik, Mat Sabu yakin menang PRK

MOHAMAD Sabu (kanan) hadir ke Karnival Jualan Mega Agro Madani Peringkat Kebangsaan di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiada kesangsian Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan momentum untuk mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada pilihan raya kecil (PRK), 9 September ini.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau yakin kedua-dua kerusi yang disandang parti itu mampu dimenangi semula, tambahan pula tempoh berkempen berbaki kira-kira seminggu lagi.

“Insya-Allah kami menang di kedua-dua kerusi ini kerana rakan kita UMNO bekerja kuat setakat ini,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Mega Agro Madani Peringkat Kebangsaan di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini, hari ini.

Terdahulu, bekas Yang Dipertua DUN Johor, Suhaizan Kaiat diumumkan sebagai calon PH Parlimen Pulai manakala Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, Ir. Nazri Abdul Rahman di Simpang Jeram.

PRK diadakan kerana berlaku kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandang kedua-dua kerusi, Datuk Seri Salahuddin Ayub, 61, pada 23 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN