Sivaranjani yakin PSM mampu lawan parti gergasi - Utusan Malaysia

Sivaranjani yakin PSM mampu lawan parti gergasi

SIVARANJANI MANICKAM
SIVARANJANI MANICKAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

PARTI Sosialis Malaysia (PSM) mengemukakan empat calonnya dalam kawasan berbeza untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dan SIVARANJANI MANICKAM adalah salah seorang yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Meru.

Bersama wartawan, MOHAMAD ATHIR ISMAIL, beliau menyatakan kekuatan serta visi dan misi parti untuk membawa suara dan penyelesaian masalah rakyat sekiranya diberi mandat 

 

PSM masih relevan, apa yang membuat parti mahu menyertai PRN?
PSM sentiasa relevan kerana isu yang diperjuangkan adalah berkaitan rakyat atau golongan marhaen, isu rakyat biasa. Sekarang kalau kita tengok banyak isu yang PSM bawa di peringkat akar umbi. Kita memang aktif bergerak di peringkat akar umbi.

Walaupun belum ada kuasa, PSM sudah buat banyak perkara, kalau diberi mandat, kami boleh bawa lebih banyak isu untuk golongan marhaen dan rasa wujud satu kekosongan mengenai siapa yang bercakap tentang golongan marhaen.

Cabarannya adalah bersaing dengan parti besar, justeru apakah kekuatan PSM?
Kekuatan PSM adalah kesanggupan kami turun padang, berjumpa rakyat dan buat kerja dengan mereka. Berbanding parti besar, mereka kenalah selalu turun ke bawah mendengar masalah rakyat, melalui itulah boleh bawa dasar kepada rakyat, tak turun padang dan tak dengar masalah rakyat tetapi lebih kepada populariti.

Kalau PSM diberi mandat, sekurang-kurangnya boleh menjadi pihak yang menyemak dan mengimbangi dasar-dasar kerajaan di DUN. Kita boleh bawa agenda itu.

Menerusi manifesto PSM, apa permasalahan penduduk yang sedang diperjuangkan?
Isu utama adalah perparitan di seluruh Kapar dan Meru, sekarang selalu terjadi banjir kerana longkang yang ada tidak dapat menampung jumlah air yang banyak dan sistem perparitan ini sudah 30 tahun, dahulu belum banyak kawasan perumahan. Air tak mengalir, banyak sampah dan ada yang cakap pihak berkuasa datang tetapi tetap berulang.

Jika diberi mandat, PSM ada empat kerusi, bagaimana ia menjadi kekuatan di dalam DUN?
Empat kerusi pun sebenarnya sangat besar, kalau kesemuanya menang, suara kami akan jadi lantang, kita memang boleh bawa semua isu yang rakyat hadapi ke dalam dewan. Kita boleh usulkan banyak perkara. Saya tak lihat empat itu sedikit sebaliknya ia memang memberikan impak.

Jika tewas, apa perancangan PSM selepas ini?
Paling penting kita perlu menang dan teruskan kerja bawa isu yang hendak dibawa. Kita komited, bukan main cakap sahaja. Kalau rakyat beri mandat, mereka boleh lihat perubahan. Masalah paling asas seperti isu perparitan pun sudah bertahun-tahun wujud, rakyat pun tanya takkan hal ini pun kerajaan tak buat apa-apa? Parti besar, tetapi tak boleh selesai masalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya