Mohd. Yadzil dilantik Pengerusi PAC Melaka

Mohd. Yadzil dilantik Pengerusi PAC Melaka

MOHD. YADZIL Yaakub (kanan) dan Lim Ban Hong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) Kerajaan Negeri Melaka yang baharu.

Mohd. Yadzil yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkata, beliau komited untuk memastikan tadbir urus kerajaan negeri berjalan dengan baik.

Katanya, platform tersebut memberikannya akses lebih luas untuk melihat tatakelola dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul.

“Walaupun pembangkang di DUN Melaka hanya dua orang tetapi ia bukan masalah untuk kami kerana jawatankuasa ini turut diisi oleh beberapa ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang lain. Kebanyakan ahli yang dipilih masih kekal daripada jawatankuasa yang lama.

“Saya yakin semua ahli yang dilantik bersifat terbuka dan mampu memberi kerjasama, mereka adalah wakil rakyat yang bekerja untuk rakyat,” katanya.

Selain Mohd. Yadzil (PN-Bemban), PAC turut dianggotai Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang); Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana); Mohd. Noor Helmy Abdul Halem (BN-Duyong); Siti Faizah Abdul Azis (BN-Sungai Rambai); Tuminah Kadi (BN-Pantai Kundor) dan Dr. Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya