MB Johor iringi calon PH Simpang Jeram ke pusat penamaan

MB Johor iringi calon PH Simpang Jeram ke pusat penamaan

ONN HAFIZ Ghazi bersama Adly Zahari mengiringi Nazri Abdul Rahman ke Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor. - UTUSAN/ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama kepemimpinan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) mengiringi calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Ir. Nazri Abdul Rahman ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Turut bersama kira-kira 300 orang penyokong PH-BN yang berarak sejauh dua kilometer (km) bermula dari Bulatan Jalan Bakri.

Antara pemimpin PH-BN yang turut mengiringi calon ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari: Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin; Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Azman Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN