ADUN DAP dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Melaka

ADUN DAP dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Melaka

AB. RAUF Yusoh memakaikan jubah dan songkok Timbalan Yang Dipertua DUN Melaka pada hari pertama Persidangan Kedua Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu pada hari pertama Persidangan Kedua Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15, di Seri Negeri di sini, hari ini.

Chee Yee menggantikan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada April lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mencadangkan nama Chee Yee dan disokong Datuk Rais Yasin (BN-Paya Rumput) seperti mana yang diperuntukkan dalam Perkara 20 (2A) Perlembagaan Negeri Melaka.

Seramai 24 ahli dewan undangan negeri (ADUN) menyokong, dua berkecuali dan dua tidak hadir.

Pelantikan ADUN DAP itu mengesahkan desas-desus sebelum ini bahawa beliau akan mengisi kekosongan tersebut selepas namanya ‘tercicir’ tidak dilantik memegang sebarang jawatan pengerusi jawatankuasa (Exco) dan timbalan Exco di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan diterajui Ab. Rauf.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Mustafa Musa dipilih sebagai ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 31 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya