Skandal seks: PN gesa Exco Melaka buat laporan polis

Skandal seks: PN gesa Exco Melaka buat laporan polis

MOHD. YADZIL YAAKUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang didakwa terlibat dengan skandal seks perlu membuat laporan polis bagi membersihkan namanya, jika benar tuduhan itu adalah fitnah.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, tuduhan yang dilemparkan kepada Exco berkenaan disifatkan amat berat setelah videonya tersebar luas dalam media sosial.

“Saya bersimpati dengan Exco berkenaan yang terpalit dengan tuduhan rasuah, lebih-lebih lagi video terbabit tersebar ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Sebagai sebuah gagasan yang memperjuangkan politik matang, fokus PN adalah membangunkan negara secara konstruktif dan berperanan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dengan menolak budaya politik menyerang peribadi pemimpin tertentu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian untuk mengulas mengenai beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp dan video berunsur seksual yang tular sejak kelmarin, didakwa melibatkan seorang Exco Melaka dengan seorang wanita.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menegaskan, isu skandal seks yang didakwa membabitkan seorang Exco Melaka sebagai satu fitnah.

Tambah Mohd. Yadzil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Exco terbabit juga wajib mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita yang dikaitkan dalam video tular berkenaan.

Menurutnya, kes itu merupakan cabaran buat Ketua Menteri yang baharu bagi membuktikan kemampuannya mentadbir dan menangani kontroversi tersebut.

“Kini terpulang kepada beliau (Ab. Rauf) sama ada mahu kerajaan negeri pimpinannya bersih atau tercemar dengan tuduhan sedemikian.

“Rakyat kini sedang menilai sesebuah kerajaan bukan sahaja mesti bersih tetapi perlu kelihatan bersih kerana sebarang kompromi akan memperlihatkan Malaysia Madani hanyalah retorik kosong yang tidak membawa sebarang makna,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya