Sulaiman minta rakyat sokong pentadbiran baharu

Sulaiman minta rakyat sokong pentadbiran baharu

SULAIMAN MD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali menyeru rakyat negeri ini untuk terus memberi sokongan dan kerjasama yang terbaik kepada kepemimpinan kerajaan negeri yang baharu, sama seperti diterima beliau selama ini.

Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Melaka atas segala pandangan, cadangan dan kritikan diberikan sepanjang menerajui negeri sejak 9 Mac 2020.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu, hari ini merupakan hari terakhir beliau memegang amanah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12 yang mana Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri yang baharu bakal berlangsung pukul 3 petang nanti.

“Hari ini sempena sayyidul ayyam, adalah hari terakhir saya memegang amanah mengetuai dan memimpin pentadbiran kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12 bermula dari 9 Mac 2020.

“Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada rakyat Melaka yang dikasihi atas segala sokongan, dukungan, pandangan, cadangan mahupun kritikan yang diberikan, sepanjang saya melaksanakan amanah tersebut.

“Selanjutnya, saya menyeru dan merayu kepada rakyat Melaka sekalian agar dapat terus memberikan sokongan, dukungan dan kerjasama yang terbaik kepada barisan kepemimpinan Kerajaan Negeri Melaka yang baharu, sama seperti yang telah diberikan kepada saya sebelum ini demi negeri Melaka yang tercinta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan peletakan jawatan Sulaiman.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut memaklumkan, parti mencadangkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sebagai calon Ketua Menteri yang baharu dan telah disampaikan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya