Rais tewaskan Mohamad Ali di Tangga Batu dengan empat undi

Rais tewaskan Mohamad Ali di Tangga Batu dengan empat undi

RAIS Yasin (empat dari kiri) mendengar pengumuman kemenangannya pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di Hotel La Crista, Jalan Hang Tuah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Angin perubahan melanda UMNO Bahagian Tangga Batu apabila penyandang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian, tewas dengan hanya empat undi kepada lawannya, Datuk Rais Yasin pada pemilihan parti, semalam.

Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput memperoleh 282 undi berbanding Mohamad Ali dengan 278 undi.

Seramai 568 perwakilan menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di Hotel La Crista di sini, malam tadi.

Mengulas kemenangan tersebut, Rais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi Melaka berkata, beliau berharap semua ahli dapat bersama-sama membina kembali kekuatan UMNO demi perubahan bersama.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh perwakilan kerana memberi mandat untuk menerajui bahagian ini. Parti ini akan terus diperkasakan insya-Allah dan kemenangan ini bukanlah milik saya seorang.

“Ini adalah berkat doa dan usaha oleh semua jentera yang bekerja keras pagi, petang, siang dan malam.

“Saya yakin dan percaya tidak akan ada satu orang pun yang akan ditinggalkan kerana kita semua bertanding dalam semangat kekeluargaan UMNO. Saya mahu membawa parti lebih cemerlang,” katanya ketika ditemui pemberita.

Ditanya mengenai kepemimpinan baharu yang sebahagian besarnya tidak berada dalam barisannya sebelum ini, Rais berkata, beliau tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan ketiga-kita ketua sayap.

“Saya akan bekerjasama dengan saf kepemimpinan termasuk ahli jawatankuasa yang menang tanpa wujud sebarang perbezaan, mereka di kem siapa sekalipun demi survival UMNO di Tangga Batu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.