Empat Pergerakan Pemuda UMNO dilarang hadiri mesyuarat

Empat Pergerakan Pemuda UMNO dilarang hadiri mesyuarat perwakilan

MUHAMAD AKMAL Saleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Sebanyak empat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian hilang hak mengundi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian yang berlangsung serentak di seluruh negara, hari ini.

Ketua Pemuda UMNO yang baharu, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) bahawa empat bahagian itu adalah Jempol, Wangsa Maju, Titiwangsa dan Ampang.

Beliau berkata, JPU membuat keputusan melarang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju bersama wakil sepuluh (G10) daripada menghadiri mesyuarat berkenaan.

“Dua lagi bahagian iaitu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa dan Jempol diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula yang dijadualkan pada 25 Mac ini.

“Kita mengambil maklum keputusan yang dibuat JPU setelah Jawatankuasa Bantahan Pemilihan UMNO menerima aduan ketidakaturan perjalanan mesyuarat pemilihan semua jawatan dalam bahagian masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di Dewan Alamanda di sini, hari ini.

Tambah Muhamad Akmal, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa dan Jempol berserta G10 masing-masing dilarang menghadiri mesyuarat setelah JPU tidak cukup masa untuk menjalankan siasatan atas aduan diterima.

“JPU mengambil keputusan melarang mereka yang terlibat daripada menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing.

“Selain Jempol dan Titiwangsa, turut diarahkan mengadakan pemilihan semula adalah Semporna, Tanah Merah dan Kota Kinabalu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya