Stigma ‘budak-budak’ tidak lemahkan Dira

Stigma ‘budak-budak’ tidak lemahkan Dira

KHAIDHIRAH Abu Zahar menyerahkan borang pencalonan bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin di Pejabat UMNO Bahagian Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Walaupun stigma ‘budak-budak’ sering melanda pemimpin muda seperti Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar, namun ia tidak melemahkan semangatnya bersaing merebut jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti bulan depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim itu berkata, biar apa juga stigma diberikan, beliau yakin kehadirannya menawarkan diri bertanding jawatan yang dikosongkan penyandang, Datuk Zahida Zarik Khan itu adalah tepat.

Beliau berkata, hasrat menawarkan diri sebagai calon tercetus kerana ingin mengembalikan aura dan taring sayap UMNO, seperti awal penubuhannya suatu ketika dahulu.

“Saya ingin lihat Puteri UMNO menjadi salah satu sayap paling penting, sehebat Wanita dan Pemuda kerana kita mempunyai ramai ahli yang berpotensi serta mampu mengubah banyak perkara.

“Walaupun keahlian Puteri adalah kecil dan banyak kekangan, tetapi saya yakin semangat perjuangan sayap ini mampu dikembalikan semula.

“Untuk itu Puteri UMNO memerlukan seorang pemimpin yang sangat kuat dan wibawa. Saya mampu menawarkan kepemimpinan yang lebih ampuh jika diberi peluang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin di Pejabat UMNO Bahagian Jasin di sini, hari ini.

Setakat ini, selain Khaidhirah, tiga calon lain yang mengesahkan bertanding jawatan itu ialah Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan; Dr. Masliha Harun dan Fadwah Anuwar.

Tambah Khaidhirah yang lebih dikenali dengan panggilan Dira, beliau telah menyerahkan borang pencalonan bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO, Jumaat lalu.

“Setakat ini saya menawarkan diri bertanding jawatan tersebut secara solo. Saya terbuka kepada mana-mana calon yang bertanding jawatan Naib dan ahli jawatankuasa, untuk bekerjasama,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya