Dr. Akmal sah cabar Hasan di Jasin

Dr. Akmal sah cabar Hasan di Jasin

MUHAMAD AKMAL Saleh bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar di Merlimau, Jasin, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengesahkan bakal mencabar Datuk Hasan Rahman bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin dalam pemilihan parti kali ini.

Muhamad Akmal yang kini menyandang posisi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin berkata, meskipun baru berusia 35 tahun, beliau yakin bahawa parti perlu mencipta kelainan daripada kebiasaan dengan menonjolkan barisan kepemimpinan kalangan orang muda.

Beliau berkata, hasrat itu telah disuarakan kepada Hasan yang turut menyatakan akan mempertahankan jawatan tersebut.

HASAN RAHMAN

Ditanya sama ada pertembungan berkenaan bakal menjadi pentas satu lawan satu, Muhamad Akmal menjelaskan, beberapa pemimpin lain di bahagian itu juga ada menyatakan minat untuk bertanding, namun enggan mendedahkan nama individu terlibat.

“Saya mengesahkan bahawa saya akan bertanding untuk menawarkan diri saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Jasin. Memang agak pelik berumur 35 tahun untuk menawarkan diri sebagai Ketua UMNO Bahagian Jasin tetapi kali ini sudah tiba masanya, UMNO perlu lari sikit daripada budaya biasa.

“Untuk memberikan satu harapan kepada rakyat bahawa UMNO kini lebih berubah kepada yang lebih baik. Saya sudah berjumpa dengan beliau (Hasan), beliau pun rasa hendak menawarkan diri juga.

“UMNO ini adalah sebuah parti yang demokrasi, bila kita bertanding kita bertanding dalam sifat kekeluargaan. Kita tidak ada serang peribadi, bagi saya pertandingan ini terbuka kepada semua. Sesiapa ahli UMNO boleh menawarkan diri,” katanya dalam sidang akhbar di Merlimau di sini, malam tadi.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Muhamad Akmal menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi mengisi portfolio yang tidak dipertahankan penyandangnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.