Wan Saiful alu-alukan pendedahan Rafizi, turut nasihat tumpu kepincangan PKR - Utusan Malaysia

Wan Saiful alu-alukan pendedahan Rafizi, turut nasihat tumpu kepincangan PKR

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengalu-alukan sebarang pendedahan oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai dakwaan berlakunya kepincangan dan rasuah sepanjang pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun beliau berkata, adalah lebih baik sekiranya Rafizi menyelesaikan terlebih dahulu masalah dalaman yang membelenggu PKR.

“Saya mengalu-alukan sebarang pendedahan Rafizi, tetapi yang pasti beliau sedang mencabar autoriti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tak pernah lagi tengok parti seperti itu, tapi kita mengalu-alukan kalau ada teguran yang beliau mahu buat.

“Kalau beliau nak ‘challenge’ (cabar) Presiden, sepatutnya sudah ‘declare (isytihar) awal-awal,” katanya yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan PN, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Rafizi yang dijangka mendedahkan kepincangan yang kononnya didalangi UMNO, Bersatu dan Pas berkait rasuah bernilai berbilion ringgit esok (Isnin).

Pada Ogos lalu, Rafizi turut mendedahkan berhubung isu projek kapal tempur pesisir (LCS) oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan beberapa dakwaan antaranya Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) menerima dokumen sebut harga daripada Naval Group (dahulu dikenali sebagai DCNS) sebelum surat lantikan (LOA) kerajaan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya