Rundingan PH-BN bentuk kerajaan Pahang positif - Ahmad Nizam - Utusan Malaysia

Rundingan PH-BN bentuk kerajaan Pahang positif – Ahmad Nizam

AHMAD NIZAM HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pakatan Harapan (PH) Pahang mengesahkan sudah pun memulakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) Pahang bagi membentuk kerajaan negeri setelah tiada parti memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu.

Pengarah Strategi PH Pahang, Ahmad Nizam Hamid berkata, rundingan antara dua parti tersebut berjalan dalam suasana yang muhibbah.

Menurutnya, fokus utama adalah membentuk gabungan yang prihatin dan menjaga kemasalahan rakyat negeri ini di samping memacu pembangunan yang pesat.

“Saya boleh mengesahkan bahawa hasil perbincangan adalah positif.

“Kita lebih membincangkan ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang stabil dan tidak cenderung meneruskan agenda kepartian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bahawa gabungan itu melantik Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mengetuai rundingan membentuk kerajaan negeri ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PN Pahang menang tujuh kerusi Parlimen dan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, Pahang masih dalam keadaan tergantung apabila Barisan Nasional (BN) menang 16 kerusi DUN dan lapan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Ahmad Nizam turut berkata, kenyataan bersama pimpinan BN dan PH Pahang akan menyusul dalam tempoh terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.