Kejutan berlaku esok di Hang Tuah Jaya

Kejutan berlaku esok di Hang Tuah Jaya

MOHD. RIDHWAN Mohd. Ali (tiga dari kiri) bersama 40 mahasiswa di pekarangan Masjid Al-Alami, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tidak sampai 24 jam sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), gelombang Barisan Nasional (BN) dilihat mampu menawan semula kerusi Parlimen Hang Tuah
Jaya yang tewas kepada lawan pada PRU13 dan PRU14.

Calon BN, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali berkata, setelah 14 hari berkempen di setiap pelosok kawasan, rata-rata penduduk mahukan angin perubahan baharu melihat BN kembali semula ke Parlimen berkenaan.

Menurutnya, reaksi positif diberikan pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum yang disantuninya sejak selepas sesi penamaan calon.

“Saya tidak menolak akan berlaku satu kejutan di Hang Tuah Jaya esok. Rata-ratanya apabila saya turun berkempen, mereka mengatakan mengenai perkhidmatan infrastruktur dalam kawasan tempat tinggal masing-masing, banyak tidak siap.

“Selain itu banyak masalah berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT), soal jalan dan isu banjir tidak dapat diselesaikan oleh penyandang kerusi daripada Pakatan Harapan (PH).

“Jika saya diberi mandat oleh penduduk, satu demi satu masalah akan saya selesaikan terutama yang melibatkan kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni 40 mahasiswa di pekarangan Masjid Al-Alami, Ayer Keroh di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya