UMNO lenyap jika kalah PRU15 - Zaid Ibrahim

UMNO lenyap jika kalah PRU15 – Zaid Ibrahim

ZAID IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atau berdepan dengan nasib lebih teruk berbanding sewaktu kalah pada PRU14.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pembangkang dilihat akan melakukan apa sahaja untuk mengulangi kejayaan mereka pada 2018.

Menurutnya, agenda utama pembangkang adalah untuk melenyapkan UMNO serta mengenakan tindakan undang-undang terhadap lebih ramai pemimpin parti, sama seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Seluruh ahli UMNO harus menjadikan iktibar kekalahan BN itu untuk kembali bersatu dan memastikan BN menang besar dalam PRU15 bagi membentuk kerajaan yang dominan.

“Kalau kita (UMNO) kalah kali ini, pembangkang akan berusaha untuk menghancurkan parti dan kali ini lebih teruk, jika hendak dibandingkan sewaktu BN tumbang pada 2018.

“Musuh kita mahu menang dan pegang kerajaan kerana mereka mahu menghancurkan UMNO dan ini seharusnya kita sedar untuk bangkit bersatu memastikan PRU15 milik BN semula,” katanya selepas menjadi tetamu kehormat pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di Baitul Tariq, Klebang Permai di sini.

Tambah Zaid yang kembali menyertai UMNO pada 27 Ogos lalu, BN wajar kembali memerintah kerana mempunyai rekod cemerlang sepanjang 60 tahun, jika hendak dibandingkan dengan parti lain.

“Melihat kepada rakyat ketika ini, sebenarnya ramai yang mahu parti kembali memerintah selepas kegagalan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan menyebabkan banyak kepincangan berlaku.

“Pengalaman saya duduk berkelana dengan beberapa parti selain UMNO, cukup mengajar saya bahawa parti keramat ini adalah sewajarnya untuk kembali memerintah dan menstabilkan politik negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya