Perbetul, baiki masalah disiplin dalam parti - Utusan Malaysia

Perbetul, baiki masalah disiplin dalam parti

Saifuddin Nasution Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mukadimah:

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam ucapan perasmian Kongres Nasinal PKR Ke-16 peringkat Angkatan Muda Keadilan (AMK) antara lain menekankan kewujudan masalah disiplin dalam kalangan anggota seperti kewujudan kelompok yang boleh memecah belahkan parti. Berikut merupakan temubual lima soalan di antara wartawan, MOHAMAD ATHIR ISMAIL dengan SAIFUDDIN NASUTION;

1. SOALAN: Apakah situasi sebenar yang berlaku dan kepimpinan PKR melihat kewujudan masalah sedemikian mengganggu proses perkembangan parti?

SAIFUDDIN NASUTION: Saya boleh bercakap sebagai orang lama yang tengok sendiri, menguruskan parti masa tak ada kuasa lebih mudah berbanding masa ada kuasa dan saya tengok keadaan itu antara yang menjejaskan kami.

2. Adakah Datuk Seri melihat kepada kewujudan kumpulan tertentu seperti pro-Rafizi dan sebagainya?

Saya tidak mahu sebut perkara itu. Cuma saya mula melihat tanda-tanda bukan sekarang, dahulu pun ada. Dahulu orang kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Sebelum itu pun ada juga, tetapi orang tak kenal siapa. Jadi saya tak mahu ulang, menuding jari, saya cakap sebagai orang lama dalam parti.

3. Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh generasi muda supaya tidak mengulangi kelemahan pemimpin terdahulu?

Kelemahan paling ketara yang saya minta mereka hindarkan adalah membentuk kelompok sendiri, sukar untuk duduk bersama orang yang di luar daripada kelompok mereka. Itu ancaman terbesar.

Saya sudah tengok sendiri dalam PKR, kalau ada elemen kelompok yang terlalu fanatik dia sampai tak boleh menerima pandangan orang luar daripada kelompok. Ini perkara nombor satu yang paling saya bimbang dalam perkembangan politik PKR.

4. Justeru, apakah bentuk reformasi yang perlu dilakukan oleh pemimpin baharu atau generasi pelapis untuk terus memelihara parti?

Oleh kerana itu saya berpendapat, sampai masanya untuk saya kembalikan semula pemuda ini kepada disiplin asas organisasi iaitu kepatuhan kepada kepimpinan, mematuhi proses membuat keputusan, keputusan dibuat secara kolektif, tak boleh ada watak hero dalam parti. Mereka mesti bersedia sebagai satu pasukan dalam parti.

Jadi saya ulang balik, ini macam satu subjek untuk pengurusan sebuah organisasi. Jadi bukan kerana saya bimbang parti ini akan bersepai ataupun pecah, tetapi saya kata apa lagi pesanan orang lama kepada anak-anak muda. Sudah tentu, saya kembali semula kepada asas itu.

5. Mendepani masalah kewujudan kelompok sekarang adalah, kongres ini perlu mencapai satu resolusi atau matlamat tunggal dan menghapuskan ideologi berpuak-puak?

Ya, harus begitu. Harus bawa (pergi) semula ke bawah sebagai parti, bukan mewakili mana-mana kelompok. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya