Muda bukan ancaman AMK - Utusan Malaysia

Muda bukan ancaman AMK

MUHAMMAD Kamil Abdul Munim ketika ditemu bual Utusan Malaysia ketika Kongres Nasional PKR Ke-16 di Shah Alam. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Parti Muda bukan ancaman kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK), malah, mampu untuk bergerak seiring untuk membaiki persepsi golongan muda terhadap politik tanah air.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, beliau memandang ke hadapan sambil mengamalkan sikap keterbukaan dalam politik.

“Kita ada persefahaman yang tidak rasmi dan ini ditunjukkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu kecuali kita bertembung di satu kerusi.

“Secara umumnya, pendekatan politik kita tidak boleh terikat dengan politik lama.

“Kalau kita tengok, barisan pimpinan muda yang ada dalam setiap parti dalam Malaysia ketika ini, kita tidak ada sejarah perseteruan politik yang panjang,” katanya.

Awal Julai lalu, Muhammad Kamil memenangi jawatan Timbalan Ketua AMK menewaskan Chua Wei Kiat.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin muda dalam negara tidak mempunyai konflik yang mengeruhkan perhubungan antara satu sama lain jika dibandingkan dengan ahli-ahli politik terdahulu.

“Berbanding dengan pemimpin senior dan kita tidak ada political baggage untuk kita imbangi dengan pemimpin-pemimpin muda parti lain.

“Kita patut buka satu lembaran politik baru pemimpin muda untuk semua parti dalam negara merangka serta duduk bersekali untuk bersetuju dalam banyak perkara.

“Ini adalah ruang yang inklusif, bukannya ekslusif. Kita perlu tunjukkan keterbukaan kita dari segi sikap kita kerana akhirnya akan beri persepsi yang baik dan keyakinan rakyat,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya