PRU15: Dzulkefly sedia undur, beri laluan calon muda - Utusan Malaysia

PRU15: Dzulkefly sedia undur, beri laluan calon muda

DZULKEFLY Ahmad beramah-mesra dengan tetamu ketika menghadiri Jamuan Terbuka Aidilfitri dekat Kampung Kuantan di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersedia memberi laluan kepada calon muka baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mendedahkan perkara itu, beliau memang berhasrat untuk berundur  selepas sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat.

Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, calon muda perlu diberi peluang dan ruang untuk menjadi pemimpin yang disifatkan lebih ‘segar’.

“Jika diizinkan, saya secara jujurnya mahu berundur dan cenderung memberi laluan kepada muka baharu.

 “Ia perhitungan peribadi saya dan segala keputusan itu akhirnya bergantung kepada pucuk pimpinan parti (Amanah) kelak,” katanya ketika ditemui pada majlis Jamuan Terbuka Aidilfitri di Kampung Kuantan di sini, petang semalam.

Jelas Dzulkefly, calon yang bakal bertanding kerusi Parlimen itu secara prinsipnya adalah daripada Amanah.

“Kalau seseorang itu berundur, maka calon berkenaan juga perlu daripada parti tersebut. Calon itu turut harus bersedia sepenuhnya untuk menyandang kerusi yang ditandingi,” jelasnya.

Ditanya mengenai kehadiran Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di beberapa program di daerah ini, beliau menganggap ia isu yang perlu diselesaikan oleh UMNO sendiri.

 “Perkara itu adalah soal dalaman parti (UMNO) dan isu sesiapa yang mahu datang ke Kuala Selangor perlu diajukan kepada mereka,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya