Skandal rasuah, inflasi, PM usah berdiam diri - Anwar - Utusan Malaysia

Skandal rasuah, inflasi, PM usah berdiam diri – Anwar

dana 1mdb
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak berdiam diri berhubung isu yang melibatkan skandal rasuah dan kenaikan harga barang yang terus membimbangkan ketika ini. 

Beliau berkata, isu-isu tersebut memerlukan tindakan dan langkah serta penjelasan segera. 

“Hari demi hari negara dikejutkan dengan pelbagai perkara yang saya kira amat mendukacitakan dan membimbangkan. Pertamanya isu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Badan Kehakiman Negara terkait Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali. 

“Kedua, isu melibatkan Mahkamah Perancis yang mendakwa syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002. Ketiga, pendedahan terkini di mahkamah di New York, Amerika Syarikat yang menyentuh isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Keempat, kes melibatkan Serba Dinamik serta Suruhanjaya Sekuriti. 

“Kelima, projek mega pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang dianugerahkan kepada konglomerat Digital Nasional Berhad (DNB) yang berpotensi untuk meledak seperti skandal 1MDB. Keenam, kejatuhan parah matawang Ringgit Malaysia kerana hilang keyakinan terhadap dasar dan keupayaan kerajaan dalam mengemudi ekonomi dan yang terakhir adalah berkaitan kos sebenar projek MRT yang kini mencecah RM60 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi. 

Tambah beliau, hal semasa terkait inflasi dan harga barang juga mesti ditangani dengan baik agar beban kepada rakyat dapat dikurangkan. 

“Isu-isu yang saya senaraikan ini memerlukan tindakan dan langkah serta penjelasan segera. Perdana Menteri tidak seharusnya berdiam diri tatkala hal-hal mendesak ini terus mencengkam negara dan rakyat, serta bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Memorandum Persefahaman (MoU),” ujarnya. 

Justeru, Anwar menyeru rakyat supaya sedar dan menolak kelesuan itu serta bangkit menuntut perubahan sebaiknya.

“Saya fikir, sekiranya ia tidak ditangani dan dibetulkan, maka Malaysia akan menemui kepayahan untuk bangkit semula sebagai tatanan (sistem) yang baik, berintegriti dan bertanggungjawab. 

“Kelesuan ekonomi saat ini ketimbang negara jiran Indonesia dari segi pelaburan asing (FDI), serta angka-angka melibatkan KDNK negara, pertumbuhan ekonomi, kadar kemiskinan serta pengangguran mesti dicerakinkan, diperbetul dan diperkukuhkan,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya