PH, PN tidak yakin tadbir Johor, gagal umum calon Menteri Besar 

PH, PN tidak yakin tadbir Johor, gagal umum calon Menteri Besar 

PENGUNDI boleh menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRN Johor esok tanpa ragu-ragu kerana PDRM sentiasa berada pada tahap siap siaga memastikan segala proses berjalan lancar. - FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Gabungan  (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai keyakinan untuk mentadbir negeri Johor apabila tidak mengumumkan calon Menteri Besar menjelang hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, perkara itu jelas terlihat apabila tiada parti politik lain selain Barisan Nasional (BN) yang sudah mengumumkan calon Menteri Besar.

Menurutnya, keadaan itu juga menunjukkan PH dan PN berada dalam keadaan lemah, tidak bersedia mentadbir, tiada kesepakatan, saling mencurigai dan tidak ikhlas sesama sendiri dalam menghadapi pilihan raya itu.

“Sama ada PN atau PH, kedua-dua parti itu nampaknya tidak berani untuk mengumumkan calon Menteri Besar mereka walaupun perkara itu penting bagi memperolehi keyakinan ‘Bangsa Johor’.

“Keadaan itu menunjukkan betapa PH dan PN sama sekali tidak memiliki keyakinan untuk mentadbir serta menjamin kestabilan masa depan Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Johan menambah, Pemuda UMNO melihat kebangkitan prestasi BN ini adalah berpunca dari inisiatif dan proaktif untuk belajar daripada kesilapan lalu dan berani berubah ke arah rejuvenasi parti.

 Katanya, tindakan sedemikian memberi keyakinan kepada majoriti rakyat Malaysia yang diperdaya PH, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Warisan Sabah (Warisan) serta Parti Bangsa Malaysia (PBM) dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Semua mereka walaupun kini berlainan parti, namun, tetap memiliki Asid deoksiribonukleik (DNA) PH dan wajar dilabel PH 2.0,” katanya.

Tambahnya, perubahan budaya dalam BN kini menyaksikan gabungan itu tidak lagi bercakap tentang pembangunan lalu dan hari ini sebaliknya lebih terbuka dan ke hadapan membicarakan soal masa depan serta hal tuju yang sesuai dengan peredaran zaman termasuk dasar lebih baik buat segenap lapisan masyarakat.

“Ini bukan lagi zaman retorik sebaliknya BN Johor yang dipimpin ‘poster boy’, Datuk Hasni Mohamad membuktikan kesungguhan dengan manifesto realistik melibatkan lima Ikhtiar BN bagi menjamin kestabilan kerajaan negeri.

“Pemuda UMNO yakin kerajaan negeri yang akan dibentuk esok mencerminkan kesungguhan ‘Bangsa Johor’ yang cintakan masa depan negeri itu. Insya-Allah tanggungjawab yang bakal digalas BN itu akan dilaksanakan dengan penuh amanah, berintegriti dan tidak sesekali dipersiakan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya