Lompat parti tiada dalam janji PN - Utusan Malaysia

Lompat parti tiada dalam janji PN

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendirian Perikatan Nasional (PN) mengenai amalan lompat parti politik dilihat masih kabur ketika gabungan tidak melepaskan peluang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, di dalam janji PN untuk pilihan raya negeri langsung tidak memberikan sebarang tawaran bagi mewujudkan kestabilan politik khususnya lompat parti. 

Beliau mengandaikan, cadangan memperkenalkan undang-undang tersebut mungkin tidak menarik kerana PN memang merancang untuk terus ‘memancing’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas pilihan raya negeri selain menyifatkan tabiat itu sukar dibuang PN. 

“Malangnya, dalam manifesto mereka untuk PRN Johor, PN tidak langsung mengemukakan sebarang tawaran bagi memastikan wujud kestabilan politik terutamanya dalam soal amalan lompat parti. 

“Ia sangat berbeza dengan BN yang menyatakan dengan jelas di dalam manifesto untuk memerangi amalan lompat parti. BN nekad untuk mengusahakan Enakmen Anti Lompat parti.

“Jadi, apakah pendirian PN terhadap mereka yang melompat parti? Apakah cadangan dan strategi PN untuk menghentikan amalan tidak beretika ini?,” soalnya dalam hantaran di Facebooknya hari ini. 

Hantaran itu mendapat 242 tanda suka, 75 komen dan 10 perkongsian setakat berita ini ditulis. 

Mohamed Khaled berkongsi hantaran itu beserta paparan imej seekor katak, sebagai simbolik kepada tindakan melompat parti, yang telah disunting dengan persoalan ‘Mana enakmen lompat parti dalam manifesto PN?’. 

Pada Selasa lalu, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan, usul enakmen anti lompat parti menjadi agenda utama BN jika diberi mandat rakyat mentadbir selepas hari mengundi nanti.  –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya