JOHOR BAHRU: Usul enakmen anti lompat parti menjadi agenda utama Barisan Nasional (BN) sekiranya diberi mandat rakyat untuk mentadbir pada pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac ini.
Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, agenda tersebut merupakan ikhtiar gabungan itu untuk melakukan transformasi dan reformasi politik.
“Kita akan mengusulkan supaya enakmen anti lompat parti adalah agenda utama.
“Sebaik saja ambil alih, pimpinan akan memperkenalkan enakmen lompat parti,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan manifesto BN petang ini di sini bagi menghadapi pilihan raya negeri Johor.
Manifesto BN merangkumi lima teras yang melibatkan ikhtiar kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat
Selain itu, teras itu juga merangkumi ikhtiar orang muda Johor, pentadbiran berintegriti dan reformasi politik.
–UTUSAN ONLINE