Alwiyah pertahan kerusi Endau, mahu buat kenduri kesyukuran - Utusan Malaysia

Alwiyah pertahan kerusi Endau, mahu buat kenduri kesyukuran

Alwiyah Talib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau yang memenangi semula kerusi itu mahu mengadakan kenduri kesyukuran dan penghargaan kepada jentera Perikatan Nasional (PN) selepas menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.

Dalam pertembungan lima penjuru itu, Alwiyah Talib menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Youzaimi Yusof dengan majoriti 3,041 undi setelah mendapat 8,433 undi.

Kata Alwiyah, beliau akan terus memberi fokus untuk melaksanakan apa yang masih tertangguh sejak penggal lalu selain tumpuan penuh terhadap kesejahteraan rakyat di kawasan DUN Endau.

“Insya-Allah, mungkin esok atau sehari dua ini akan berehat dan tak boleh selesa lama juga, cukuplah rehat dua hari, kemudian banyak benda yang saya perlu fokus untuk laksanakan demi rakyat yang masih tertangguh sejak penggal lalu.

“Meskipun negeri Johor akan ditadbir BN, ia tidak akan mematahkan semangat saya untuk khidmat rakyat di kawasan Endau. 

“Saya adalah wakil rakyat untuk rakyat di Endau dan langkah pertama saya nak buat kenduri kesyukuran dan penghargaan sekampung kepada jentera PN dan pengundi tempatan,” katanya di sini, hari ini.

Alwiyah berkata, beliau mengakui pada mulanya berasa ragu-ragu tentang potensi kemenangannya ekoran berdepan calon parti lawan yang bukan calang-calang orangnya.

“Calon lawan saya adalah dari BN iaitu Ketua UMNO Bahagian Mersing yang bukan calang-calang dari segi kepemimpinannya.

“Ketika itu, saya mengakui pihak kami kekurangan jentera dan sebagainya termasuk ada pula insiden melibatkan Ketua Bersatu Bahagian Mersing, Laili Yusof yang sudah berhijrah.

“Namun, di sebalik segala ujian itu, kami diberi kekuatan dan kekentalan semasa diganggu gugat pihak di sana tetapi. tanpa menoleh ke belakang, kami mara dengan sokongan muafakat dan jentera Pas, Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan menggerakkan jentera yang akhirnya, Alhamdulillah, malam ini (semalam) hasilkan kejayaan bermakna,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya