17 lokaliti panas dikesan sempena PRN Johor - Utusan Malaysia

17 lokaliti panas dikesan sempena PRN Johor

ZAINI Jass bersama Kamarul Zaman Mamat menyerahkan cenderahati kepada waris pejuang Bukit Kepong sempena Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong di Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Polis Johor mengenal pasti sebanyak 17 lokaliti panas yang mungkin boleh mengakibatkan kekecohan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tidak lama lagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lokasi panas membabitkan 17 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dikesan selepas mengambil kira sentimen persaingan politik, isu perkauman, jenayah kongsi gelap serta pelbagai aktiviti termasuk mereka yang mempunyai rekod lampau.

Menurut beliau, amaran telah dikeluarkan kepada penyokong parti-parti politik untuk tidak menggugat ketenteraman awam sepanjang tempoh pelaksanaan PRN Johor yang akan bermula Sabtu ini.

“Selain mengerahkan pemantauan yang lebih rapi di lokasi-lokasi berisiko berkenaan, kami juga akan melaksanakan pemantauan menggunakan unit dron. Di 56 DUN di seluruh Johor ini, kita dapati bahawa mungkin 17 DUN yang dianggap panas, bukan sahaja politik, tetapi panas juga dari segi kegiatan aktiviti gengsterisme dan aktiviti perjudian dalam pilihan raya.

“Kawasan terlibat mengikut kaum, persaingan politik, kongsi gelap dan juga aktiviti yang dijalankan mereka termasuklah yang mempunyai rekod lampau.

“Bagaimanapun, Polis Johor telah mengadakan maklumat risikan dan sebagainya termasuklah bertemu dengan ketua kampung supaya menasihati kumpulan ini lebih awal agar tidak melakukan perkara tak diingini sepanjang tempoh PRN Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong yang dirasmikan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass di Galeri Darurat Bukit Kepong di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, kontinjen Johor juga telah menubuhkan beberapa pasukan pemantau bagi memastikan kelancaran proses PRN dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pada Sabtu ini, sesi penamaan calon melibatkan 56 kerusi DUN Johor akan berlangsung disusuli dengan tempoh berkempen selama 14 hari sebelum tarikh pengundian pada 12 Mac depan.

Ketika ini, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) belum mengumumkan calon masing-masing yang dijangka dilakukan esok, sementara sebahagian besar calon Pakatan Harapan (PH) sudah diketahui sejak minggu lalu. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya