PRN: DUN gambir calon muda? - Utusan Malaysia

PRN: DUN gambir calon muda?

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi peluang kepada mana-mana golongan muda parti itu yang dilihat mempunyai potensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, peluang tersebut turut terbuka untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang sebelum ini disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa yang penting, katanya, setiap senarai calon akan ditapis secara teliti bagi memastikan hanya mereka yang berkelayakan dapat bertanding.

“Ketua Bahagian akan calonkan nama yang dipersetujui di peringkat bahagian sebelum dinilai dan diputuskan pucuk pimpinan tertinggi. 

“Kita akan beri peluang kepada mereka yang layak dan calon yang ‘winnable’ untuk bertanding dalam PRN Johor,” katanya di sini semalam. 

Dalam pada itu, Sharuddin berkata, beliau akan mempertahankan DUN Bukit Kepong yang sebelum ini dimenangi atas tiket PKR.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1, 273 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Noor Taib dan calon Pas, Iqbal Razak -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN