Ibu Pejabat UMNO johor mulai meriah  - Utusan Malaysia

Ibu Pejabat UMNO johor mulai meriah 

MEJA hidangan juadah telah siap disediakan di pekarangan ibu pejabat UMNO Johor, di Johor Bahru. -UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suasana meriah di pekarangan Ibu Pejabat UMNO Negeri Johor pada waktu ini.

Itu situasi yang dapat digambarkan di pekarangan bangunan tersebut yang terletak di Jalan Yahya Awal, di sini yang dijadualkan menjadi lokasi mesyuarat UMNO negeri itu hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati persiapan sudah dijalankan termasuk susunan kerusi bagi pelaksanaan sidang akhbar dan juga penyediaan meja jamuan buat pengunjung yang hadir.

Setakat pukul 1 petang, antara pemimpin yang telah hadir termasuklah Setiausaha UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali; Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Ketua UMNO Bahagian Labis, Azhar Ibrahim dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed.

Antara juadah yang dihidangkan termasuk asam pedas ikan merah, sotong masak kicap, labu masak lemak, tempe kentang goreng dan ulam-ulaman.

Minuman disediakan pula termasuklah oren kordial, teh dan kopi.

Hari ini, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dijangka mengadakan sidang akhbar selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tersebut yang sudah diteka ramai pihak berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PRN.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba mempengerusikan Mesyuarat Penerangan UMNO Negeri di bangunan berkenaan bersama biro penerangan kesemua 26 bahagian UMNO di negeri ini.

Pada masa sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut melawat beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telok Jawa di Kampung Kuala Masai dan PDM Sri Amar di Taman Sri Pandan, malam tadi.

Bekas Menteri Besar Johor itu juga berkata, mereka akan berusaha memastikan Barisan Nasional (BN) menang di kerusi DUN Johor Jaya dan Permas.

“Saya nyatakan kepada ahli parti bahawa kita semua ada tanggungjawab dan peranan untuk kembalikan Johor sebagai tiang seri UMNO.

“Kita akan pastikan, segala retorik janji dan tipu daya Pakatan Harapan (PH) serta mereka yang pernah menjadi sebahagian dari PH yang menipu pengundi, tidak akan berulang lagi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN