'Hak Perdana Menteri untuk rombak atau tidak' - Muhyiddin - Utusan Malaysia

‘Hak Perdana Menteri untuk rombak atau tidak’ – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Jawa di Lenga, Pagoh di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan dalam barisan Kabinet beliau mengikut perancangan tersendiri.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau ada membaca berita atau spekulasi berkaitan perkara itu, namun, enggan mengulas lanjut termasuk ketika ditanya kewajaran melakukan perkara berkenaan.

“Saya bukan Perdana Menteri, elok tanya Perdana Menteri (dan) kalau ada pun itu perancangan Perdana Menteri buat.

“Saya tak boleh nak komen, itu hak Perdana Menteri (sama ada) dia nak rombak atau tak rombak, itu hak dia. Tapi, biasalah dalam politik, orang buat ramalan, jadi, terserah kepada Allah SWT dan Perdana Menteri untuk putuskan,” katanya.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian ketika ditemui semasa meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Balairaya Kampung Jawa di Lenga, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan setelah hampir lima bulan menerajui kerajaan Keluarga Malaysia, Ismail Sabri di­jang­ka melakukan rombakan Ka­binet dan melantik Timbalan Perdana Menteri minggu ha­dapan.

Menurut sumber, keba­nyakan menteri dan timbalan menteri sudah menge­tahui perk­ara tersebut dan sumber itu turut memaklumkan, antara nama menteri yang disebut-sebut bakal terlibat ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Malah, Ismail Sabri ketika mengulas khabar angin itu berkata, selagi tiada kenyataan rasmi daripada beliau berhubung perkara tersebut, orang ramai boleh menganggap cerita berkenaan sebagai spekulasi.

Tegasnya, senarai nama yang bertebaran di mana-mana platform media adalah perkara biasa, yang mana boleh dianggap sebagai kebiasaan seperti sebelum ini.

“Saya sekarang fokus pada banjir, kita fokus banjir. Benda-benda lain itu biarlah, belum lagi. Belum ada apa-apa lagi, tapi banyak spekulasi. Selagi saya tak buat kenyataan, spekulasi kita anggap,” tegas Ismail Sabri. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya