Bubar DUN: UMNO Johor rakus, tamak kuasa - Armada Johor - Utusan Malaysia

Bubar DUN: UMNO Johor rakus, tamak kuasa – Armada Johor

MUHAMMAD SHAMSUDDIN PAIJAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan UMNO Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah satu tindakan rakus dan tamak kuasa semata-mata

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan berkata, beliau menyifatkan langkah itu bagi mengaburi mata rakyat khususnya berkaitan kes ‘Kluster Mahkamah’ yang akan dibicarakan pada hari ini.

Katanya, UMNO dilihat lupa apabila mereka mentadbir kerajaan negeri Johor bersama rakan Perikatan Nasional (PN).

“Sejujurnya tindakan UMNO Johor membubarkan DUN Johor ini satu tindakan yang rakus, tamak dengan kuasa semata. Mereka lupa Negeri Johor ditadbir bersama rakan PN seblum ini. 

“Jika inilah sikap UMNO, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! Alang-alang sudah PRN, baik PRU-15 sahaja! Kita serahkan kepada rakyat untuk tentukan, kita tengok, lawan tetap lawan, lawan sampai habis,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Sabtu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan pembubaran DUN Johor bagi membolehkan PRN diadakan selepas Baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk HasnI Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor semalam.

PRN Johor terpaksa diadakan ekoran kedudukan kerajaan pimpinan Hasni hanya memiliki kelebihan satu kerusi apabila blok kerajaan hanya menguasai 28 DUN manakala Pakatan Harapan pula 27 kerusi daripada 56 DUN. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN