GPS lancar bantuan khas untuk rakyat Sarawak jika menang - Abang Johari - Utusan Malaysia

GPS lancar bantuan khas untuk rakyat Sarawak jika menang – Abang Johari

ABANG JOHARI TUN OPENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan melancarkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0) jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi GPS itu berkata, beliau akan turut mempertimbangkan permintaan Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak, Datuk Abang Helmi Ikhwan berhubung kelonggaran syarat permohonan bantuan khas tersebut.

“Saya akan mempertimbangkan permintaan ini memandangkan BKSS ini adalah untuk membantu mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Kita akan melancarkan BKSS 8.0, harapnya selepas 18 Disember (Hari mengundi), apabila kita mendapat mandat rakyat,” katanya dalam sesi townhall malam tadi.

Tambahnya, bilangan kes Covid-19 semakin berkurangan walaupun Sarawak masih dalam Pelan Pemulihan Negara Fasa 3.

Namun, beliau menjangkakan Sarawak akan beralih ke Fasa 4 tidak lama lagi sekali gus ekonomi negeri dapat dibuka sepenuhnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN