Aktivis, Ketua Bahagian Bersatu degil, tetap bertanding Bebas - Utusan Malaysia

Aktivis, Ketua Bahagian Bersatu degil, tetap bertanding Bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Dua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) enggan mengikut jejak langkah Datuk Ali Biju apabila tetap mahu bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ketua Bahagian Bersatu Hulu Rajang, Siki Balarik berkata, tidak wajar untuk beliau menarik diri di Belaga hanya kerana Ali menarik diri sebagai calon Bebas di Krian.

“Saya sudah membuat segala macam persiapan. Adalah tidak wajar untuk saya tarik diri sekarang.

“Kalau Ali tarik diri, itu keputusan dia. Saya tetap akan bertanding,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Bersatu Sarawak.

Beliau mengulas gesaan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin yang meminta supaya tiga ahli Bersatu menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas dalam PRN kali ini.

Pada masa sama, aktivis Bersatu, Ricky Enteri juga enggan mengundur diri daripada bertanding di Bawang Assan.

“Saya memang nak bertanding. Saya sudah melakukan persiapan selama ini. Kalau parti nak pecat saya, saya serahkan kepada mereka untuk buat keputusan, tetapi buat masa ini, saya akan fokus kepada PRN,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN