MELAKA: UMNO Melaka membuat langkah berani apabila bakal menampilkan ramai pemimpin muda mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Langkah itu dilihat mendapat sokongan dalam kalangan pemimpin politik kerana ia dapat mewujudkan sinergi baharu daripada sayap pergerakan Pemuda dan Puteri yang kini menjadi anggota barisan hadapan parti. Begitupun, rata-rata yang mengetahui diri dicalonkan mengambil sikap diam membisu ketika ditanya mengenai keabsahan pencalonan mereka. “Tunggulah sehingga nama diumumkan…










