KUALA PILAH: Dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu dari Perikatan Nasional (PN) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru mampu berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat di kawasan mereka sekiranya bersama kerajaan negeri Melaka. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, kedua-dua mereka iaitu Dr. Mohd Aleef Yusof di kerusi Sungai Udang dan Dr. Mohd Yadzil Yaakub di Bemban yang…










