ALOR GAJAH: Setiap bakal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dikehendaki menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi mengelakkan wakil rakyat yang menang atas tiket parti itu melompat parti. Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua bakal calon perlu menandatangani aku janji dan dua atau tiga lagi perjanjian sebelum diberi tauliah. Jelas beliau, langkah itu penting bagi memastikan kestabilan politik tanah air terutama di Melaka…










