PRU-15: Logo PKR jadi pilihan rakyat berbanding lambang PH - Utusan Malaysia

PRU-15: Logo PKR jadi pilihan rakyat berbanding lambang PH

MUHAMMAD ARAFAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: PKR Perak mendakwa logo parti itu lebih sesuai digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berbanding lambang PH.

 

Ketua Penerangan PKR Perak, Muhammad Arafat berkata, ini berdasarkan kajian oleh Biro Penerangan PKR negeri di semua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

 

Menurutnya, kajian yang dijalankan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) itu mendapati, ramai yang memilih logo PKR untuk digunakan oleh PH dalam PRU-15.

 

“Berdasarkan kajian itu, seramai 78 peratus responden menyatakan logo PKR lebih sesuai  digunakan berbanding 22 peratus responden yang memilih lambang PH pada PRU 15,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta berkata, sehubungan itu, biro itu yang mewakili seramai 78,750 ahli PKR Perak juga mahu lambang PKR digunakan oleh PH dalam PRU-15.

 

“Ini merupakan strategi untuk membantu kemenangan PH. Kajian ini juga membuktikan PKR menjadi pilihan majoriti rakyat Perak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN